Bermula bulan Mei 2021, kita guru-guru seluruh Malaysia kembali meneruskan pembelajaran secara pembelajaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) iaitu pembelajaran secara online atau menggunakan modul. Demi meneruskan kelangsungan pembelajaran untuk anak didik kita. Kali ini guru dan murid lebih bersedia dengan peranti, data atau modul yang dibekalkan agar murid tidak ketinggalan langsung untuk mendapatkan ilmu dan pembelajaran secara maya.
       
       Kini keprihatinan kerajaan telah mengambil langkah seterusnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), melaksanakan inisiatif kepada anak-anak pelajar secara berperingkat kempen memvaksin semua pelajar sekolah seluruh Malaysia mengikut SOP ditetapkan. Tujuan untuk membolehkan murid-murid datang ke sekolah semula dan mengikuti pembelajaran secara bersemuka setelah melengkapkan 2 dos vaksinasi. Termasuk semua guru, warga pendidikan dalam KPM. Malah seluruh penjawat awam dan rakyat Malaysia.
       
       Bagi kita warga Guru Kedah, mengharapkan semua guru di Negeri Kedah dan murid sekolah di Negeri Kedah ini telah mendapat vaksinasi 2 dos suntikan lengkap walau pun KPM melihat ada beberapa faktor dalam kalangan guru dan murid masih belum menerima suntikan vaksin lengkap. NUTP Kedah menaruh harapan kepada guru dan murid ini berubah fikiran ke arah yang positif demi kebaikan semua. Keadaan ini hanya semasa, ketika ini sahaja dan ia akan berakhir dengan vaksinasi juga. In shaaAllah…..  Sebagai langkah terbaik keselamatan kesihatan untuk semua.
       
       NUTP amat yakin pandemik ini akan berakhir walau pun tiada tarikh pengakhirannya, Namun situasi ini akan tetap berubah. Kita akan hidup bersama-sama kuman Covid-19 dalam kehidupan sepanjang hayat tetapi dapat ditangani melalui imunisasi Covid-19 ini. Berkemungkinan hanya sekadar di tahap jangkitan 1 dan 2 sahaja. Tidak pada tahap 4 dan 5 yang berisiko tinggi hingga menyebabkan kematian.
       
       Sama-sama kita berdoa agar negara kita dilindungi dan selamat daripada jangkitan wabak yang serius dan berterusan. Semoga guru-guru negeri Kedah dan anak-anak didik dapat kembali belajar bersemuka secara normal di sekolah KPM.
Kita terus mempraktiskan amalan dan mematuhi SOP sedia ada semasa pandemik.
#kitajagakita.
#lindungdirilindungsemua.

"BERSATU KITA BERJAYA"


Yang ikhlas,


……………………………………………………………………..
(KAPT. BERSEKUTU (PA) HAJI MOHD FADZIL B. MD ISA, BKM., PCK.)
Pengerusi NUTP Cawangan Kedah.

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG DARIPADA PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera. Salam Keluarga Malaysia. Bersyukur kita masih diberikan kesihatan yang baik. Salam takziah juga kepada rakan-rakan guru dan keluarga yang dijangkiti Covid-19 sehingga ada yang meninggal dunia. Takziah bagi keluarga dan warga guru yang ditimpa musibah ini. Semoga kita semua redha dengan ketentuan Ilahi.  Pandemik Covid 19 melanda negara kita sejak tahun 2020 dan berlarutan sehingga tahun 2021 dengan pelbagai varian baharu. Malahan seluruh dunia.

free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
UCAPAN PENGERUSI NUTP CAWANGAN KEDAH
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 29.09.2023